top of page

MAKLUMAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan video pendek ini dibuka kepada semua Juruteknologi

    Makmal Perubatan KKM, Badan Berkanun & Swasta

2. Pertandingan ini akan tamat pada 31 Mac 2018.

3. Penyertaan dibenarkan dalam pelbagai bahasa dan pelbagai bentuk video

    seperti dalam bentuk iklan, cerita dan lain-lain.

4. Setiap penyertaan mestilah menepati tema yang diberikan.

5. Semua keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang

    perbincangan atau surat menyurat tidak akan dilayan.

6. Semua video penyertaan yang diterima oleh penganjur menjadi hakmilik

    penganjur dan penganjur boleh menggunakan video-video penyertaan

    tersebut untuk apa-apa tujuan.

 

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

1. Peserta mestilah merupakan warganegara Malaysia.

2. Penyertaan boleh dikemukakan secara individu/kumpulan.

3. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar 1 penyertaan sahaja.

4. Penyertaan mestilah sampai selewat-lewatnya pada 31 Mac 2018 kepada

    Sekretariat Pertandingan.

5. Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati video

    yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan akan dibatalkan serta-

    merta.

6. Video yang dihasilkan mesti tidak melebihi masa yang ditetapkan iaitu 2

    - 4 minit sahaja.

7. Video yang dihasilkan mestilah dalam bentuk format MP4 dengan

    Resolusi Tinggi ( High Definition).

8. Kos penyediaan adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

9. Setiap peserta MESTI memberi alamat email bagi pemberian sijil

    penyertaan. Borang yang tidak lengkap dan tidak mengandungi alamat

    email tidak akan diberikan sijil.

10. Hantarkan video anda ke alamat email : shjtmp2018@gmail.com

 

KRITERIA PENGHAKIMAN

1. Seramai 3 orang hakim akan dilantik untuk pertandingan ini selepas

   mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan atasan yang merangkumi

   50% penilaian.

2. Manakala 50% lagi akan dinilai melalui populariti video yang dimuat naik

    dengan Like & Share di facebook Persatuan Juruteknologi Makmal

    Perubatan Malaysia (MSMLT)

3. Keseluruhan video yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut

    kriteria dan pecahan skema pemarkahan berikut:

   Idea = 40 markah

   Kreativiti = 50 markah

   Menepati tema = 10 markah

   Keseluruhan = 100 markah

Sebarang pertanyaan boleh di ajukan kepada Sekretariat Pertandingan

PN. AZA: 017-6831204

PN ELIZA : 013-3362216

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK

bottom of page